
Jika ada peluang untuk tiap manusia lahir kembali, pasti ramai yang akan merebutkan peluang itu (ramaikah atau sedikitkah??)
Memasang hajat, melebihkan angan, hendak itu dan ini..semua kita akan memilih kehidupan yang diinginkan. Ya, lupakan kesilaman.
Itu mungkin pilihan bagi mereka yang menghadapi tribulasi. Namun, yang kaya dan bahagia juga..pasti mengharapkan kelahiran semula (jika ada peluang itu) moga dapat digali lubang-lubang harta, lubang bahagia yang tak pernah diketemui sebelum ini.
"Chicken Little pun berharap peluang kedua untuk dia membuktikan sesuatu"
Manusia takkan pernah puas. Kenapa ya kita jarang menggunakan peluang yang ada kini dengan sebaiknya??
Peluang kedua :)
Hmm...di mana pun bermula, pengakhirannya tetap sama (walau hakikatnya kita memang berasal dari satu) Biar di dunia, agama dan fikrah manusia berbeza, pulang nanti pasti sehala menuju Tuhan: yang menciptakan segala.
Terdetik menumpu pada bait lagu JALAN SEHALA dari Saujana. Betapa Tuhan itu Maha Pengasih..
"Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
Sebelum pun sempat tangisku
Jatuh ke bumi
Rahmat Nya menyambut
Membisik bujukan penawar bersakti
Apa lagi nak ku gusar
CintaNya tak pernah gagal
Hadir di kala ku sepi
..di kala ku bersedih
Aku hanya berpegang janji
JanjiNya kesungguhan yang pasti
Pintu kemenangan
Lorong bercahaya
Langkah untuk ku pulang
Jalan sehala
Aduhai ibuku yang satu
Janganlah ada barang ragu
Biarpun seberkas dalam hati
Andai ku terkorban nanti
Sedang meniti kasih"
Benar terkesan. Santai melodinya disusun kalam sakti, bisa menunduk hati yang tak seteguh mana. Itu hatiku.
Salam ta'ziah buat keluarga Allayarhamah Mukarromatillah Bunyamin. Moga rohnya di tempat di sisi golongan hamba Tuhan yang beriman dan dikalungi bebunga syurgawi..ameen.
Arwah adalah ketua biro kesihatan asrama semasa kami sama-sama bersekolah di SMK Munshi Abdullah, Melaka. Aku pembantunya. Ada gambar kami bersama, dan takkan terlupakan senyum dan gelaknya dalam hibur hati kami.
Teringat diri kami bagaikan ambulan bergerak, berlari 'memanjat' blok antara 2 bangunan asrama..
"Kak Amah, ada budak sakit.." "Sape?? Kat mane?"...
Ah...kisah dulu. Kenangan akan sentiasa hidup di hati kita. Yang masih menghuni dunia Tuhan :)
Jalan sehala, satu hala menuju Tuhan. Dan..kita takkan tahu bila hari dan waktunya kita akan berangkat ke dunia akhirat sana. Faastaghfiru..
No comments:
Post a Comment